Sujud sahwi ialah sujud kerana terlupa melakukan sesuatu sunat ab’ad cthnye tertinggal tahiyyat awal.
um haritu mase orientasi kn ade kena dengar ceramah pgi2..setiap pagi kena dengar ceramah agama kat masjid berhampiran Desasiswa KPTM Bangi.. mcam2 tajuk la ada..salah satu nye yg sy agak minat dan dengar sgt ialah psl sjud sahwi ni.. :)
jadi sy mahu konsi kan sedikit tentang ape yg sy dpat..
Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.
"Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam."
namun, Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakukan selepas memberi salam.
ni bacaan semasa kita sujud sahwi..
“subhana rabbiyal a’la.”
Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan yang dibaca di antara 2 sujud sahwi menurut Syeikh Ibn Utsaimin Rahimahullah adalah:-
"Rabbhig firli" - Ya Allah ampunkan dosaku. [al-Sharh al-Mumthi', 1/646, Dar al-Ansar, 2003]
Ape nak buat kalau terlupa bacaan sujud ni.. um kita boleh juga baca bacaan sujud biasa dalam solat..sebab bacaan dalam sujud sahwi adalah sama dengan bacaan sujud dalam solat. Lafaz bacaan yang sabit dengan hadis yang sanad yang lebih kuat ialah “subhana rabbiyal a’la.” (Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuhu, Dr Wahbah Az-Zuhaily, 120/2, terbitan DBP).
Manakala dari Mastika Hadith Jilid 2 pula:
Tidak ada hadis yang menerangkan tentang bacaan khusus yang dibaca dalam sujud sahwi, cuma ada baiknya dibaca bacaan ” Subhana malla yana mu wala yashu…menurut huraian ulama di dalam kitab Raudah At-Tholibin, Tanwir Al-Qulub dan Munyatil Musolli
Tidak ada hadis yang menerangkan tentang bacaan khusus yang dibaca dalam sujud sahwi, cuma ada baiknya dibaca bacaan ” Subhana malla yana mu wala yashu…menurut huraian ulama di dalam kitab Raudah At-Tholibin, Tanwir Al-Qulub dan Munyatil Musolli
jawapannya.. masih Sah..terlebih tak ape, jangan terkurang..
Bagi yang solat jemaah pula.. Ada juga sesetengah Imam yang memang tidak baca doa qunut untuk solat subuh..Adakah perlu untuk kita baca qunut sendirian? adakah perlu sujud sahwi?
Nabi s.a.w bersabda ‘dijadikan imam untuk diikuti”. Jadi ikutlah imam samada dia baca qunut atau tidak.
Tidak perlu sujud sahwi kerana..
Bila ditanya apa dalil qunut, Imam syafie kata dia cuma mahu mengekalkan apa yang Nabi pernah buat sahaja, tiada dalil khusus. Nabi melakukan qunut selama sebulan sahaja, Nabi buat qunut cuma sebulan (semasa orang Islam yang dihantar untuk berdakwah disatu tempat dibunuh secara zalim) kemudian ditinggalkan.Amalan yang
terbaik ialah amalan terakhir Nabi s.a.w. sebelum baginda wafat.
Beza mazhab Syafie dan mazhab Hanafi ialah :-
- Syafie ikut “apa yang nabi buat, walaupun nabi tak suruh / order / perintah”.
- Mazhab Hanafi hanya buat apa yang nabi perintah. Kalau nabi tak suruh, mereka tidak buat.
- Mazhab Hanafi hanya buat apa yang nabi perintah. Kalau nabi tak suruh, mereka tidak buat.
Qunut yang nabi sentiasa buat ialah pada waktu Solat Witir sahaja. Mazhab lain tidak melakukan qunut pada waktu Subuh kerana Nabi tidak suruh.
itu sahaja yang dapat sy konsi kan setakat ini..um saya cuma manusia yang lemah..kalau ada tersilap dan tersalah..mohon di betul kan..
..sekian..
No comments:
Post a Comment