Friday, July 27, 2012

Doraemon. Bulatan titik ♥



Assalamualaikum.. mari mari kita menyanyi dan melukis doraemon bersama-sama~ hee






3, 2, 1 



Bulatan titik

bulatan titik
belon kecil bertali
dan bulatan besar
bulatan besar


ada kiri kanan
si beri di tengah
tarik kiri
tarik kanan
lurus ke bawah


dua piring dilukis
biar seragam
piring besar di tengah
ada roti pita


pita yang lebih besar
ada di atas
tambah garis jadi lah

Doraemon..  ♥ ♥ ♥










Tuesday, May 1, 2012

Makanan bantu putihkan gigi

Siapa yang tidak ingin memiliki gigi putih yang cantik? Tentunya dengan gigi yang putih berseri akan membuat kita lebih berkeyakinan dan percaya kepada diri. Warna dasar gigi sebenarnya adalah putih, namun faktor zat-zat makanan yang kita makan dan bertambahnya usia membuat warna gigi kita berubah menjadi kuning. Namun ada juga makanan yang bermanfaat untuk memutihkan gigi. Berikut disenaraikan 6 makanan yang dapat membantu memutihkan gigi.


1. Strawberi




Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati tetapi sebenarnya mampu memutihkan gigi secara asli, terutamanya semasa dimakan mentah. Selain kaya dengan vitamin C, ia juga mengandungi bahan antioksidan dan boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi.


2. Keju





Keju mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Keju bukan sahaja bermanfaat untuk memutihkan gigi dan melindungi gigi dari berbau busuk, malah turut mengandung kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.


3. Lemon dan Garam





Kita boleh memutihkan gigi dengan menggunakan 'paste' yang diperbuat dari beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang memberus gigi. Ia mampu membantu kita menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.


4. Sari Epal dan Cuka Putih




Sari buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan karat pada gigi. Kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang mampu membantu menghilangkan tanda dengan cepat. Namun, kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, elakkan dari menggunakan secara harian kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi.


5. Kulit limau




Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.


6. Daun salam



Daun salam mampu membuat gigi kita putih secara semulajadi. Ambil enam helai daun salam, kemudian jemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar helai daun salam tersebut, kemudian tambah serbuk kulit limau. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, dalam dua minggu kita akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi. InsyaAllah..

Sekian Sekian. Assalamualaikum neh~ 

Comelnyee doraemon ni kan. ish geram2. hee 

Allah Sayang Kita.. ♥



Allah sayangkan hambaNYA,

Allah kasihkan khalifahNYA,

Allah sayangkan kita..

Sebab itu kita diberi ujian,

Kerana itu kita diberikan dugaan

Oleh sebab itu juga kita dibebani masalah




Tapi, pernahkah kita terfikir?

Kasih SayangNYA?

Tentang NikmatNYA?

Hakikat RahmatNYA?

RezekiNYA?



Tidak terkira banyaknya

DIA beri kita UJIAN,

Kita menangis

DIA beri kita digunakan,

Kita mengeluh

DIA beri kita MASALAH,

Kita marah..





Pernahkah kita merungut bila lelah?

Pernahkah kita merengek tika sakit?

Pernahkah kita marah tika masalah menimpa?



Tapi kan

Pernahkah kita syukur bila ALLAH beri kecukupan?

Pernahkah kita sujud dengan sepenuh hati untuk solat?

Qiammulail pasti jauh sekali

Pernahkah kita lakukan rukun Islam sepenuhnya dengan bersungguh?

Sudahkah kita penuhi rukun Iman untuk menjadi hambaNYA yang soleh?



Cukupkah kita hanya bernama Muslim?

Jika tidak menyempurnakan kedua-dua rukun itu?

Sempurnakah kita andai ciri-ciri sebenar Muslim itu tidak ada dalam diri?

Adakah kita nilai semula betapa banyak nikmatNYA yang telah kita kecapi,

Tanpa "SYUKUR?"





Namun...


Kita tetap "TAMAK" untuk mendapatkan yang lain dan..


Dakwa ALLAH Tidak Sayangkan kita


dan Tidak beri apa yang diminta


Apakah kita terfikir?

Ya ALLAH,

Ampuni kami

Atas khilaf kami

Sedang kami insan yang lemah


Kini.. kami sedar,

"ALLAH SAYANGKAN KITA"

Mulai saat ini, jadilah muslim yang baik!.. insyaAllah..

♥_ Info dari http://www.iluvislam.com _♥






daa daa Assalamualaikum~ (>‿♥)

Wednesday, April 18, 2012

Lama tak tidur di luar..


Selamat pagi.. Alhamdulillah. bersama2 lagi kita hari ini.. Uuu hujan nye hari ni.. bangun2 je dah hujan lebat sgt.. patut la smlm cam panas sikit. um tiba2 teringat kenangan kat UiTM Lendu dlu.. tido di library di kala hujan lebat turun membasahi bumi.. ☂ ☁╰☆╮


Ingat lagi.. watak utama tidur kat library masa stdy mlm2 sy ngn syafiqah (SRP) lah. kesian syira je yg selalu tinggal belajar sorg2. hee. alaa nk buat cmana dh ngantuk sangat. aduh tapi yg tak tahan bukan sekali je tertidur. byk kali pulak. >,< . Bukan main dtg ni semangat nak belajar..skali tido.. dah tak hirau dh orang sekeliling. tapi bila fikir2 balik malunyee rasa.. <('o'<)~


Ape kaitan dgn hujan dan panas dulu? um aritu sekali pernah g stdy kat library.pstu sume rasa panas je. pastu bani adik kesayangan syira kata kalau panas2 ni nak hujan mak dia kate. hehe. pastu tengok semut. kalau semut datang pun msti sb nak hujan..pastu kami ni pulak pakat cari semut pulak dh. pstu sedar tak sdar dh terdo lgi. Aha sebenarnye tak la kami sgt.. syira gigih belajar + mengajar adik adik kesayangan dia. sy kagum sgt ngn syira. oh oh cayalah syira! ♡. 


Um tapi kalau di banding kan sy ngn syafiqah. haa syafiqah lagi hebat. kt mana2 pun leh tido. tak kira siang atau malam dan di mana jua. hee comel pulak tu tido. nyenyak je. dah kena cium baru nk bangun. Neh neh takut tak syafiqah sy nk cium dahi syafiqah lgi..nanti kalau syafiqah dah kawin ngn ehem2 ewan kang..tak dpat sy cium lagi dah.. sob2.. hee. 



Tapi ape2 pun sy rindu sgt kat korang semua.. Tyra, Faezah, Yan, Hana, Ekyn, kautsar kawan sekelas dlu..dan semua kawan2 sy.. um walaupun mungkin korg dah tak a ingat sangat sy lagi kot.. sb korg pn kan dh nak abis diploma.. tinggal 1 sem aje lagi nak abis. waa hebat lah korg. masih tetap teguh. um kuat kan usaha ye. sy tahu korg semua boleh. jgn jadi cam sy yg tarik diri separuh jalan. tapi ni sy insyaAllah akan usaha kembali. jadi kuat cam korg semua. sy pun akan sentiasa doakan korg semua dapat tamatkn belajar dengan jayanye. Amin.. (✿◠‿◠) (◡‿◡♥) 






To be continue~ ^^

Sugar Sugar Rune~



   Assalamualaikum~ siapa di sana. hee. Ewah ewah bestnye cuti sem ni.. lama dah tunggu nak cuti sem. buat ape ye cuti sem? um kawan ade keje.. mcm2 kerja lah. tapi ade jugak yg duk rumah 

mcm daku ini..hee. takde la. buat jgk kerja rumah. penat2. teringin gak nak kerja lagi. kerja kat tadika yg kerja dlu. rindu budak2 tu. lama tak jumpa..╯.╰ 



   Ohye baik pada tajuk asal. Sugar Sugar Rune! (tekan tu kalau nak tahu lebih lanjut) Ngee. akhirnye hari ini. 17 april tamat sudah mentelaah cerita tu. bestnyee. rase cam nak ulang balik pun ade. ≧◡≦ Hehe. ni cerita lama sebenarnye.. dulu masa kecik2 pernah tgk. tiba2 rasa nk tgk lagi. Ha bak kata org mengimbau kenangan lama. :P


   Neh neh cerita ni berkisahkan tentang 2 org kawan baik.. yg bernama Chocola Kato dan Vanilla Aisu.Chocola wataknye cam seorang perempuan yg sangat kuat dan berani. sedangkan Vanila pula baik je.Gadis yang berperawatakan lembut dan feminim. Ia adalah satu kisah yang sangat best dan leh wat jadi tersentuh tengok cerita2 dia. sob2...Persahabatan antara dua gadis begitu Real sampai kita juga boleh rasa walaupun tahu ia hanya kartun.. hehe. 
 "Such a huge lesson with only one episode"

    Cerita nye ade kisah pasal dia dengan kawan2 dia.. walaupun kdg2 dia nakal tapi dia tetap slalu baik hati.. um memang dlm dlm dunia ni kita berbeza2 perangai ade yg baik ade yg jahat. tapi kalau pun yg jahat tu dia tak la sebenarnya jahat.. setiap org pun ade side dia yg baik. ye tak. perasan jahat tu mungkin dtg sebab kita iri hati, marah, benci dan juga ketakutan. ha dlm cerita ni kalau dah ade gitu hati dia akn jadi hitam. tapi last2 kuat camne pun kuasa jahat tu.. kuasa kebaikan,persahabatan dan kasih sayang tetap dpt kalahkan kuasa jahat tu. wuu.  ❤  ( tiba2 rse cm pelik sb cite bnda2 camni. teringat dlu slalu cerita kt mak cerita ape yg sy dh tgk..mak pn relaaa je dengar. hehe)




Dalam cerita mana tak ade hero kan. mesti ade hero. ha ini la hero dlm cerita tu..PIERRE mesterinye diaa. >,<
 "he belongs to the Ogre clan in the Magical World. this is an evil enemy clan with magical powers. but for me, some movies will become more interesting if they have an evil hero at first but has a loving nature and charming sometimes." 



CHOCOLAT KATO & VANILLA ICE



kawan CHOCOLAT's. WOO & SOUL.



CINNAMON (mama chocolate) & QUEEN CANDY (mama vanilla)

Okey.. sekian saje merepek2 untuk hari ini.. hee. nanti la sambung lagi. ni nak kena teman mak ke putrajaya <3
daa~ Assalamulaikum.









Tuesday, April 10, 2012

Fakta tentang mama ♥


Umm Arini nak tulis tulis lah. lama dah tak tulis tulis ni.. hee. ni kisah pasal masak pulak. Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain. sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja . ingat lagi dulu masa kecik beertanding kata masakkan mak sape paling sedap. masing2 kata mak dia punya. hee.


Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. bila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...




"Kenapa sedap sangat ni mak masak?"


Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...



orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥
-cpypste fakta sikit. hee






Jadi kesimpulannye di sini.. kena masak dengan ikhlas campur dengan kasih sayang...gitu. masa masak jangan marah2. ade ke masak marah2? hee ade jea..ape pulak tak ade kn. ptong bahan pun kuat2 laju2.. skali terkena tangan baru senyap. Masak sambil tengok tv pun sebenarnye tak beberapa elok.. sebab nanti sedar2 masakkan pun dah hitam. >,< . Bukan ape tumpah pewarna kan kan. bukan hangus. hee. kalau mak tanya cover skit. :P

Comelnya buat air camni. ♥ ^,<

Oklah sampai sini saja pasal masak2 ni.. lapar pulak dah ni rasenye. hee. daa~ Assalamualaikum ..



Monday, February 13, 2012

Tuhan Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan.. (◡‿◡❤)



 Tuhan Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan 
Tuhan Kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu 
Munajatku mohon restu 
Semoga cintaku bukan palsu 
Pada desiran penuh syahdu 
Gelombang lautan rinduku 

Tuhan Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan 
Tuhan Kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan
Munajatku dalam syahdu 
Merindui maghfirah-Mu 
Mardhiah-Mu dalam restu Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu Keagungan-Mu dalam doaku 
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan 
Tuhan Kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan 
Ujian kepahitan Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman Munajatku dalam syahdu 
Merindui Maghfirah-Mu 
Mardhiah-Mu dalam restu 
Harapan tulusnya hatiku 
Kurindukan pimpinan-Mu Keagungan-Mu dalam doaku 
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku Tuhan..

Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan Tuhan Kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan...

Monday, January 30, 2012

Memberi itu lebih baik..

Assalamualaikum.. 

em memberi itu lebih baik daripada menerima.."memberi kepada ibubapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan niat kita tika kita memberi. tapi percayalah rezeki yang berganda akan kembali kepada kita semula. Doa mereka mustajab, harapan mereka kenyataan, kasih sayang mereka berkekalan. " 


Hiduplah dengan memberi.. jika kita tidak mampu memberi dengan wang ringgit berilah dengan kasih sayang... sayangilah mereka sementara mereka masih ada... Jadilah penyejuk dimata.. penawar hati mereka..  Sabda Rasulullah s.a.w Keredaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibubapa, jika kita benar sayang kan mereka, jadilah anak yang soleh..dan solehah..kerana doa kita dapat menyelamatkan mereka di alam barzakh kelak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...