Tuesday, June 28, 2011

‘Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati’.

"Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?" tanya si anak.
 
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: blur*

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. ‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’ jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: termakan cili*
So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah..  :)





Friday, June 24, 2011

Duhai anak.. sedar lah. buka lah mata mu...

    Ada satu cerita.. seorang anak sedang bertengkar dengan ibunya. bertengkar- bertengkar akhirnya si anak pun lari keluar dari rumah dengan marahnya. meninggal kan ibunya sendirian tanpa menoleh lagi. disebabkan panas dan rasa marah nya dia keluar tanpa membawa apa2.. sehingga kan duit pun dia tak bawak.. dia pun berjalan dan berjalan tanpa hala tuju. setelah sekian lama berjalan... dia baru tersedar bahawa dia tidak pun membawa apa2..sedangkan pada masa itu dia dah pun merasa lapar..

     sedang dia berjalan menyusuri sebatang sunyai..dia terhidu bau yg sungguh enak. lalu dia singgah di sebuah kedai makan..lalu terjumpa dengan seorang pak cik iaitu pemilik kedai tersebut.. pak cik itu menawarkan dia makanan..namun dia kata dia tidak mempunyai duit walau sedikit pn.. lalu pantas pak cik itu menyuruhnya duduk dan suruh dia makan aje.. dia pun ape lagi.. tanpa berlengah dia terus makan makanan tersebut.. sedang dia makan..mata nya bergelinang air mata.. pak cik itu pun pelik.. lalu bertanya kepada pemuda itu.. " kenapa kamu menangis wahai anak muda.. kan kamu sedang menikmati makan mu.. " lalu dia menjawab... " saya terharu.. pak cik baru saja kenal sy sekejap.. tapi pak cik dh beri sy makanan.. sedangkan ibu sy.. yg dah lama kenal sy dia halau sy dari rumah nya.. dia langsung tidak hiraukan sy dan sayangkan sy.. ". pak cik tu terkejut dan berfikir sejenak.. lalu pak cik itu berkata.. " cuba kamu fikir.. pak cik orang yg tak dikenali.. baru aje sekali memberikan kamu sepingan nasi.. sedangkan ibu kamu.. cuba ingat berapa pinggan nasi dah ibu beri kepada kamu..? sejak kamu kecil.. dia lahirkan kamu..dia membesar kan kamu.. beri kamu makan.. ada kamu sedar dsudah berapa pingan dia beri kan kamu nasi? , sedangkan pak cik..orang yg baru kamu kanali.. baru memberikan kamu hanya sepingan nasi kamu sudah terharu.. tidak kah kamu sedar bahawa ibu mu lebih menyayanyi mu.. lebih mengambil berat terhadap mu...? " si anak terus terdiam.. dan air mata nya terus menerus keluar. lalu selepas makan.. anak itu terus berlari pulang ke rumah nya.. apabila dia sampai ke rumah.. dia melihat ibu nye sedang resah.. dia pun segera pergi memeluk ibu nya..ibu nya memeluk nya.. dia berkata.. "ibu maafkn anak mu.. sy bersalah.. sy tidak sedar..." sambil menangis.. ibu nya pun berkata.. masuk lah rumah anak ku..ibu dah siap kn makanan..ibu tak dapat makan tanpa mu..

  em pernah kah kita sedar..ape yg ada dihadapan kita.. kita slalu tidak menyedari.. yg tidak ada..yg jauh itu lah kita nampak... oleh itu.. belajar lah untuk menghargai... menghargai pa yg kita miliki.. apa yg kita dapat.. sebelum ki hilang segala-galanya..kerana..sesuatu yg datang itu jua.. pasti akan pergi... bersyukur lah wahai anak.. malah.. orang yg tahu apa itu erti bersyukur dan menghargai.. adlah seorang wira.. yang gagah.

Menurut Imam Al-Junaid : "Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya". Maksudnya, seseorang yang bersyukur akan menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah untuk melakukan ketaatan dan memanfaatkan nikmat tersebut ke arah kebajikan, bukannya menyalurkan kepada maksiat atau kejahatan.


Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya : “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” 


* sekian saja cerita kali ini.. cerita ni sy dengar dari radio ikim pada 24 jun 2011.. jam 7.30 pgi cmtu la.. dalam slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias... setiap pagi pun ada cerita2.. cuba lah dengar dan ambik iktibar...

:)



Debu-debu dosa

Ke arah mana halanya 
Bagi insan yang terleka 
Mengejar nikmat dunia 
Bagaikan hidup selamanya 
Tak peduli dosa noda 
Seksa azab neraka 
Hidup jauh dari rahmatNya 

Terpedaya pada dunia 
Pentas ciptaan manusia 
Terlupa pada segala 
Mengikut nafsu semata 
Membiar syaitan beraja 
Di hati dan juga jiwa 
Mengejar dunia penuh debu dosa 

Teguhkanlah iman dalam diri 
Moga dikau akan merasai 
Betapa indah nikmat Ilahi 
Dan yakin kau akan dirahmati 

Harus kau percaya dengan pasti 
Dunia tidak kekal abadi 
Hanya menguji cekalnya hati 
Sebagai khalifah yang sejati 

Tak perlu kau meragui 
Andai teguh keimananmu 
Pasti bahagia menanti 
Di akhirat yang abadi

Saturday, June 18, 2011

oh alamak tertinggal..Sujud Sahwi..

Sujud Sahwi..
Sujud sahwi ialah sujud kerana terlupa melakukan sesuatu sunat ab’ad cthnye tertinggal tahiyyat awal.
um haritu mase orientasi kn ade kena dengar ceramah pgi2..setiap pagi kena dengar ceramah agama kat masjid berhampiran Desasiswa KPTM Bangi.. mcam2 tajuk la ada..salah satu nye yg sy agak minat dan dengar sgt ialah psl sjud sahwi ni.. :)


jadi sy mahu konsi kan sedikit tentang ape yg sy dpat..  
Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.


"Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam."
namun, Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakukan selepas memberi salam.
ni bacaan semasa kita sujud sahwi..



sahwi2.gif

“subhana rabbiyal a’la.”

Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa


Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan yang dibaca di antara 2 sujud sahwi menurut Syeikh Ibn Utsaimin Rahimahullah adalah:-

رب اغفر لي
"Rabbhig firli" - Ya Allah ampunkan dosaku. [al-Sharh al-Mumthi', 1/646, Dar al-Ansar, 2003]


   Ape nak buat kalau  terlupa bacaan sujud ni.. um kita boleh juga baca bacaan sujud biasa dalam solat..sebab bacaan dalam sujud sahwi adalah sama dengan bacaan sujud dalam solat. Lafaz bacaan yang sabit dengan hadis yang sanad yang lebih kuat ialah “subhana rabbiyal a’la.” (Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuhu, Dr Wahbah Az-Zuhaily, 120/2, terbitan DBP).
Manakala dari Mastika Hadith Jilid 2 pula:
Tidak ada hadis yang menerangkan tentang bacaan khusus yang dibaca dalam sujud sahwi, cuma ada baiknya dibaca bacaan ” Subhana malla yana mu wala yashu…menurut huraian ulama di dalam kitab Raudah At-Tholibin, Tanwir Al-Qulub dan Munyatil Musolli



 Bagi jikalau tertambah 2 sujud sahwi menjadi 3 kali sujud.contoh misalnya tak ingat berapa kali sujud kemudian terus buat 3 kali sujud. Bila check semula.. rupanya 2 kali sujud sahaja. Sah tak Solat yg mula-mula tu? Atau kena solat semula?


jawapannya.. masih Sah..terlebih tak ape, jangan terkurang..


Bagi yang solat jemaah pula.. Ada juga sesetengah Imam yang memang tidak baca doa qunut untuk solat subuh..Adakah perlu untuk kita baca qunut sendirian? adakah perlu sujud sahwi? 


Nabi s.a.w bersabda ‘dijadikan imam untuk diikuti”. Jadi ikutlah imam samada dia baca qunut atau tidak. 


Tidak perlu sujud sahwi kerana.. 


 Bila ditanya apa dalil qunut, Imam syafie kata dia cuma mahu mengekalkan apa yang Nabi pernah buat sahaja, tiada dalil khusus. Nabi melakukan qunut selama sebulan sahaja, Nabi buat qunut cuma sebulan (semasa orang Islam yang dihantar untuk berdakwah disatu tempat dibunuh secara zalim) kemudian ditinggalkan.Amalan yang 
terbaik ialah amalan terakhir Nabi s.a.w. sebelum baginda wafat.


Beza mazhab Syafie dan mazhab Hanafi ialah :-

- Syafie ikut “apa yang nabi buat, walaupun nabi tak suruh / order / perintah”.
- Mazhab Hanafi hanya buat apa yang nabi perintah. Kalau nabi tak suruh, mereka tidak buat.
Qunut yang nabi sentiasa buat ialah pada waktu Solat Witir sahaja. Mazhab lain tidak melakukan qunut pada waktu Subuh kerana Nabi tidak suruh.

 itu sahaja yang dapat sy konsi kan setakat ini..um saya cuma manusia yang lemah..kalau ada tersilap dan tersalah..mohon di betul kan.. 







..sekian..

Friday, June 17, 2011

Skateboard :)


Yea cuti pun..hee. boleh tak nk cakap yea sb cuti ye..? boleh kot..ala tak ape lah cuti dua hari ajee..agi pun byk assingment kena wt..haa kira belajar dlm cuti lah kn..
setakat ni sume nye Alhamdulillah dalam kawalan lagi..azam baru ni..azam sem baru..nk wat keje sume bia teratur..tak nak la kucar kacir..susah nanti jadi kelam kabut.. bak kata lecturer management..kne ade plan..hehe.baru blaja tadi..duk dpn skali pulak tu..aduh lama tak duk dpan2 camtu..cm kat sekola pulak rasenye.. :P

oklah ni nak cerita skateboard ni..wlaupun tak tahu main..tapi dah berminggu2 dah sbnrnye nk tulis psl ni.. ade lah sbnye..hee.

hmm skateboard..Skateboard adalah papan yang memiliki empat roda dan digunakan untuk aktivitas meluncur. Papan ini memiliki tenaga yang dipacu dengan mendorong menggunakan satu kaki sementara kaki yang satunya berada di atas papan. Bisa juga sang pengguna berdiri di atasnya sementara papan ini meluncur ke bawah pada sebuah turunan yang curam dan dengan ini menggunakan gaya gravitasi sebagai pemacu.

Tidak ada yang tahu pencipta dan dari mana asal skateboard. Namun, diperkirakan sudah ada sejak tahun 1904. Awalnya, skateboard berbentuk kotak kayu. Adakemudinya dan ada roda-roda di bagian bawahnya. Lalu, beberapa waktu kemudian, bentuknya berubah menjadi papan kayu. Ukurannya 2x4 kaki atau 61x121,9 cm. di bagian bawahnya terdapat 4 roda dari bahan logam yang dipaku.

dulu nama orang pangil skateboard ni "sidewalk surfing"..nak main nye pun kena ade cara2 nyaa..kene pakai alat2 keselamatan diri ke..um tpi kalau tak nak pkai pun tak pe kot..tpi ape2 jadi tak tahu lah ye..hehe. contoh alat keselamatannya.. contohnye kasut yg sesuai..yg sedikit tebal la..utk lindungi kaki dari luka..lagi..helmet dan pelindung siku dan lutut.. sb kalau jatuh tak la luka teruk kan...tapi kdang2 malas mau pakai tu..kn2.. :P

tpi sy pun tak tahu benda2 ni..ape kata kita cuba tanya yg tahu dan pakar..hee

skateboard

finger skateboard..hm yg ni sy reti main..hee

syoknyeee ^,<


hee ok la itu saje sy boleh tulis pasal skateboard ni.. nak tahu lagi..boleh tengok kat 

ada la sedikit sebanyak info nye...  

ok Assalamualaikum... :)



Thursday, June 9, 2011

Jambatan yang cantik!

Berbagai rekaan jambatan yang telah dicipta oleh mereka mereka yang berpengalaman dan kreatif setakat ini. Ada yang yang pelik dan tidak kurang juga ada yang sangat cantik. Mari kita lihat sepuluh gambar jambatan paling cantik di sekitar dunia. Sesungguhnya seni itu sangat indah apabila diselangi dengan kreatifnya akal manusia dalam sesuatu penciptaan.

10 Jambatan Paling Cantik Di Dunia

Seoul’s Banpo Bridge Turns into Gigantic Fountain



Aiola Island Bridge


Gateshead Millennium Bridge


The Falkirk Wheel


Henderson Waves Bridge


Tianjin Eye Bridge


The Malaysia Sky Bridge


Ponte Vecchio


Bridge to Nowhere


p/s: ni ambil dari http://beritahairan.org.. banyak lagi best2..tengok lah yep :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...