Friday, June 24, 2011

Duhai anak.. sedar lah. buka lah mata mu...

    Ada satu cerita.. seorang anak sedang bertengkar dengan ibunya. bertengkar- bertengkar akhirnya si anak pun lari keluar dari rumah dengan marahnya. meninggal kan ibunya sendirian tanpa menoleh lagi. disebabkan panas dan rasa marah nya dia keluar tanpa membawa apa2.. sehingga kan duit pun dia tak bawak.. dia pun berjalan dan berjalan tanpa hala tuju. setelah sekian lama berjalan... dia baru tersedar bahawa dia tidak pun membawa apa2..sedangkan pada masa itu dia dah pun merasa lapar..

     sedang dia berjalan menyusuri sebatang sunyai..dia terhidu bau yg sungguh enak. lalu dia singgah di sebuah kedai makan..lalu terjumpa dengan seorang pak cik iaitu pemilik kedai tersebut.. pak cik itu menawarkan dia makanan..namun dia kata dia tidak mempunyai duit walau sedikit pn.. lalu pantas pak cik itu menyuruhnya duduk dan suruh dia makan aje.. dia pun ape lagi.. tanpa berlengah dia terus makan makanan tersebut.. sedang dia makan..mata nya bergelinang air mata.. pak cik itu pun pelik.. lalu bertanya kepada pemuda itu.. " kenapa kamu menangis wahai anak muda.. kan kamu sedang menikmati makan mu.. " lalu dia menjawab... " saya terharu.. pak cik baru saja kenal sy sekejap.. tapi pak cik dh beri sy makanan.. sedangkan ibu sy.. yg dah lama kenal sy dia halau sy dari rumah nya.. dia langsung tidak hiraukan sy dan sayangkan sy.. ". pak cik tu terkejut dan berfikir sejenak.. lalu pak cik itu berkata.. " cuba kamu fikir.. pak cik orang yg tak dikenali.. baru aje sekali memberikan kamu sepingan nasi.. sedangkan ibu kamu.. cuba ingat berapa pinggan nasi dah ibu beri kepada kamu..? sejak kamu kecil.. dia lahirkan kamu..dia membesar kan kamu.. beri kamu makan.. ada kamu sedar dsudah berapa pingan dia beri kan kamu nasi? , sedangkan pak cik..orang yg baru kamu kanali.. baru memberikan kamu hanya sepingan nasi kamu sudah terharu.. tidak kah kamu sedar bahawa ibu mu lebih menyayanyi mu.. lebih mengambil berat terhadap mu...? " si anak terus terdiam.. dan air mata nya terus menerus keluar. lalu selepas makan.. anak itu terus berlari pulang ke rumah nya.. apabila dia sampai ke rumah.. dia melihat ibu nye sedang resah.. dia pun segera pergi memeluk ibu nya..ibu nya memeluk nya.. dia berkata.. "ibu maafkn anak mu.. sy bersalah.. sy tidak sedar..." sambil menangis.. ibu nya pun berkata.. masuk lah rumah anak ku..ibu dah siap kn makanan..ibu tak dapat makan tanpa mu..

  em pernah kah kita sedar..ape yg ada dihadapan kita.. kita slalu tidak menyedari.. yg tidak ada..yg jauh itu lah kita nampak... oleh itu.. belajar lah untuk menghargai... menghargai pa yg kita miliki.. apa yg kita dapat.. sebelum ki hilang segala-galanya..kerana..sesuatu yg datang itu jua.. pasti akan pergi... bersyukur lah wahai anak.. malah.. orang yg tahu apa itu erti bersyukur dan menghargai.. adlah seorang wira.. yang gagah.

Menurut Imam Al-Junaid : "Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya". Maksudnya, seseorang yang bersyukur akan menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah untuk melakukan ketaatan dan memanfaatkan nikmat tersebut ke arah kebajikan, bukannya menyalurkan kepada maksiat atau kejahatan.


Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim ayat 7:

Maksudnya : “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu : “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” 


* sekian saja cerita kali ini.. cerita ni sy dengar dari radio ikim pada 24 jun 2011.. jam 7.30 pgi cmtu la.. dalam slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias... setiap pagi pun ada cerita2.. cuba lah dengar dan ambik iktibar...

:)



4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...